Pages

Wednesday 16 November 2016

NAMA-NAMA MUSHAF


  1. Mushaf al-Makki  (Makkah)                                     Abdullah bin as-Saib  (w. 70H/689M) 
  2. Mushaf asy-Syami  (Syam)                                       Al-Mughirah bin Abi Syihab  (w. 91H/710M) 
  3. Mushaf al-Basri  (Basrah)                                            Amir bin Abd al-Qais  (w. 22H/643M)
  4. Mushaf al-Kufi  (Kufah)                                           Abu Abdurrahman bin Habib as-Sulami  (w. 74H/693M)
  5. Mushaf al-Madani  (Madinah)                                     Zaid bin Tsabit  (w. 42H/662M)
  6. Mushaf al-Imam  (Madinah)                                       Usman bin Affan  (w. 35H/655M)   


SEJARAH RASM UTHMANI

       Penurunan Al-Quran pada zaman Rasulullah SAW berlaku ketika baginda berada di Makkah dan Madinah adalah secara berperingkat- peringka. Namun begitu, kesemua ayat-ayat Al-Quran al-Karim itu adalah bacaan yang telah diajar oleh malaikat jibril a.s kepada baginda mengikut tujuh huruf sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis "Jibril telah membacakan kepadaku satu huruf, maka aku membacanya, lalu ditambah dan ditambah lagi sehingga ia menjadi tujuh huruf". Setelah itu, para sahabat pun mulalah mempelajari dan menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran secara musyafahah (mempelajari daripada mulut / bacaan guru)  mengikut tujuh huruf tersebut.           

       Walau bagaimanapun, tidaklah semua sahabat baginda mempelajari dan membaca ketujuh-tujuh huruf tersebut. Sebahagian daripada mereka membaca dengan satu huruf, sebahagian yang lain membaca dengan dua huruf dan ada yang lebih daripada itu. Setelah kewafatan baginda SAW, maka para sahabat pun bertebaran dan berhijrah ke serata negara dalam menyebarkan lagi dakwah islamiah kepada umat manusia.

        Maka terdapatlah para tabiin yang mempelajari bacaan Al-Quran dengan satu huruf sahaja dan ada yang lebih daripada itu berdasarkan kepada bacaan guru-guru mereka iaitu para sahabat. Antara mereka yang masyhur di kalangan para sahabat dalam mempelopori dan menyebarkan bacaan Al-Quran ini ialah Ubai bin Kaab r. a di Syam, Abdullah bin Mas'ud di Kufah dan Abu Musa al-Asy'ari di negara-negara lain.

Tuesday 15 November 2016

PENGENALAN ILMU RASM UTHMANI

        Sebagaimana yang telah diketahui ramai, mushaf Al-Quran yang diguna pakai pada zaman kini adalah mengikut kaedah penulisan yang ditetapkan oleh khaalifah islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan ayat-ayat Al-Quran al-Karim ini atau lebih dikenali dengan Rsam Uthmani telah diarah oleh beliau akibat terjadinya perselisihan bacaan dikalangan umat islam yang begitu ketara.                                                                                                           Jika dilihat dari sudut definisi Rasm Uthmani, Syeikh Abd al-Mun'im Kamil Syair telah menyebut dalam kitab beliau al-I'jaz Al-Qurani fi al- Rasm al-Uthmani yang dimaksudkan dengan perkataan ini (Rasm Uthmani)  ialah kaedah atau cara penulisan perkataan- perkataan Al-Quran pada mushaf-mushaf yang ditulis oleh para sahabat di zaman pemerintahan Saidina Uthman ibn Affan dan dihantar ke negara-negara Islam.                                                                                     Oleh itu, dinamakan kaedah ini dengan Rasm Uthmani adalah sebagai sandaran kepada Saidina Uthman ibn Affan atas perintah beliau untuk menulis semula ayat-ayat Al-Quran

MUQADDIMAH

      Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan Al-Quran mengikut gaya penulisan yang telah ditetapkan oleh khalifah islam yang ketiga, Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan Al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat dimana setiap kalimah Al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan bacaan Al-Quran atau lebih dikenali dengan ilmu qiraat. Ilmu qiraat pula merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan penerangan tentang perbezaan bacaan Al-Quran mengikut bacaan imam-imam qiraat yang masyhur.  Berdasarkan kepada definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit sebanyak telah menunjukkan bahawa hubungan dua bidang ilmu ini saling berkait- rapat dalam bacaan Al-Quran dan pemeliharaan Al-Quran itu sendiri. Hubungan antara kedua-dua ilmu tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan Al-Quran pada zaman Saidina Uthman ibn Affan r. a telah menunjukkan  bahawa penulisan Al-Quran pada zaman beliau bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan pendapat dikalangan umat islam terhadap ilmu qiraat yang berbeza antara satu sama lain.                               Justeru, blog ini akan mengupas lebih lanjut dan terperinci tentang hubungkait antara ilmu Rasm Uthmani dan ilmu qiraat dengan membawa contoh-contoh sejarah daripada beberapa buah kitab untuk menonjolkan kelebihan mempelajari kedua-dua bidang ilmu ini dalam konteks memelihara kesucian Al-Quran. Blog ini juga akan mengemukakan beberapa contoh ayat Al-Quran mengikut Rasm Uthmani yang berkaitan dengan perbezaan bacaan Al-Quran yang mutawatir