Pages

Wednesday, 16 November 2016

SEJARAH RASM UTHMANI

       Penurunan Al-Quran pada zaman Rasulullah SAW berlaku ketika baginda berada di Makkah dan Madinah adalah secara berperingkat- peringka. Namun begitu, kesemua ayat-ayat Al-Quran al-Karim itu adalah bacaan yang telah diajar oleh malaikat jibril a.s kepada baginda mengikut tujuh huruf sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis "Jibril telah membacakan kepadaku satu huruf, maka aku membacanya, lalu ditambah dan ditambah lagi sehingga ia menjadi tujuh huruf". Setelah itu, para sahabat pun mulalah mempelajari dan menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran secara musyafahah (mempelajari daripada mulut / bacaan guru)  mengikut tujuh huruf tersebut.           

       Walau bagaimanapun, tidaklah semua sahabat baginda mempelajari dan membaca ketujuh-tujuh huruf tersebut. Sebahagian daripada mereka membaca dengan satu huruf, sebahagian yang lain membaca dengan dua huruf dan ada yang lebih daripada itu. Setelah kewafatan baginda SAW, maka para sahabat pun bertebaran dan berhijrah ke serata negara dalam menyebarkan lagi dakwah islamiah kepada umat manusia.

        Maka terdapatlah para tabiin yang mempelajari bacaan Al-Quran dengan satu huruf sahaja dan ada yang lebih daripada itu berdasarkan kepada bacaan guru-guru mereka iaitu para sahabat. Antara mereka yang masyhur di kalangan para sahabat dalam mempelopori dan menyebarkan bacaan Al-Quran ini ialah Ubai bin Kaab r. a di Syam, Abdullah bin Mas'ud di Kufah dan Abu Musa al-Asy'ari di negara-negara lain.

0 comments:

Post a Comment