Pages

Tuesday, 15 November 2016

MUQADDIMAH

      Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan Al-Quran mengikut gaya penulisan yang telah ditetapkan oleh khalifah islam yang ketiga, Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan Al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat dimana setiap kalimah Al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan bacaan Al-Quran atau lebih dikenali dengan ilmu qiraat. Ilmu qiraat pula merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan penerangan tentang perbezaan bacaan Al-Quran mengikut bacaan imam-imam qiraat yang masyhur.  Berdasarkan kepada definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit sebanyak telah menunjukkan bahawa hubungan dua bidang ilmu ini saling berkait- rapat dalam bacaan Al-Quran dan pemeliharaan Al-Quran itu sendiri. Hubungan antara kedua-dua ilmu tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan Al-Quran pada zaman Saidina Uthman ibn Affan r. a telah menunjukkan  bahawa penulisan Al-Quran pada zaman beliau bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan pendapat dikalangan umat islam terhadap ilmu qiraat yang berbeza antara satu sama lain.                               Justeru, blog ini akan mengupas lebih lanjut dan terperinci tentang hubungkait antara ilmu Rasm Uthmani dan ilmu qiraat dengan membawa contoh-contoh sejarah daripada beberapa buah kitab untuk menonjolkan kelebihan mempelajari kedua-dua bidang ilmu ini dalam konteks memelihara kesucian Al-Quran. Blog ini juga akan mengemukakan beberapa contoh ayat Al-Quran mengikut Rasm Uthmani yang berkaitan dengan perbezaan bacaan Al-Quran yang mutawatir

0 comments:

Post a Comment