Sample Feature Post 1 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.

Sample Feature Post 2 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.

Sample Feature Post 3 Title
All of this content is sample tyr to replace these content every slider to your content descriptions. Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace it.

Saturday, 28 January 2017
BAB 11 : MAQTU' DAN MAUSUL
وقل على الأصل مقطوع الحروف أتى والوصل فرع فلا تلقى به حصرا
Syarah : المقطوع : dua kalimah yang dibaca dalam satu lafaz. Ianya ditulis dengan dua kalimah contohnya : من ما الموصول : dua kalimah yang dibaca dalam satu lafaz. Ianya ditulis dengan satu kalimah contohnya : مما
BAB 10 : HAZAF SALAH SATU ANTARA DUA LAM
لأم التى اللأءى واللأتى وكيف أتى ال
لذى مع الليل فاحف واصدق الفكرا
Abu amru berkata:dia akan membuang dua lam yang berhimpun dalam satu tempat,lam tersebut adalah lam asliyyah. Contohnya:(واليل-والذي-والذين-والذان-والتى دحلتم بهن-والأى تظهرون) manakala lam ma’rifah akan di idghomkan kedalam lam yang satu lagi.
Contohnya:اللأعنون-واللأعنين-واللعنه-واللغو-واللؤلؤ-واللأت-واللمم) ) abu amru berkata:pada mashaf Iraq dan lain-lain mereka mengekalkan lam tersebut
BAB 9 : MENULIS PERKATAAN MUANNAS DENGAN YA' DAN WAU
والياء فى ألف عن ياء انقلبت مع الضمير ومن دون الضمير ترى
dikatakan : Semua imam sepakat menulis dengan ‘ya’ samada bersama dengan ‘domir’ atau tidak .
سوى عصانى تولاه طغا ومعا أقصا والأقصا وسيما الفتح مشتهرا
Surah Ibrahim =(ومن عصانى),Surah Hajj = (تولاه ),Surah Qosas = (أقصا المدينه),Surah Israk’ = ,(والأقصى)Surah Yassin = (سيماهم فى وجوههم)
dikatakan: Semua imam menulis dengan ‘ya’ tetapi ditukar dan ditulis ‘alif’.
وغير ما بعدياء خوف جمعهما لكن يحي وسقييها بها حبرا
dikatakan: Setengah imam ada menulis dengan ‘ya’ dan setengah imam lagi menulis dengan ‘alif’.
Contohnya : (العليا – والدنيا – والرؤيا – ورؤياك – ورؤياى – والحوايا )
Berkata Abu Amru : Ditulis dengan ‘ya’ pada dua tempat. (وسقييها)
Contohnya : (يايحي خذ الكتب – وعيسى – ويحيى من حى – ولايحيى )
Berkata Abu Amru : Setengah mashaf Madani dan banyak mashaf Khufi dan Al-Basri menulis dengan satu ‘ya’ (وسقياها )
كلتا وتترا جميعا فيهما ألف وفى يقولون نخشى الخلف قد ذكرا
dikatakan: Semua mashaf menulis dengan ‘alif’.
Contohnya : (كلتا الجنتين – ورسلنا تترا )
Berkata Muhammad bin Isa bersama @ dari Nasir : Setengah mashaf menulis dengan ‘alif’ dan setengah mashaf menulis dengan ‘ya’.
Contohnya : (نخشى أن تصيبنا داءرة )
*معنى قوله: قد ذكرا
وبعد ياء خطايا حذفهم ألفا وقبل أكثرهم بالحذف قد كثرا
dikatakan: Semua imam membuang ‘alif’ selepas ‘ya’.
Contohnya : (خطاينا – وخطايكم – وخطاياهم )
Berkata Abu Amru = Dibuang ‘alif’ selepas ‘tha’ pada setengah mashaf.
* معنى قوله قد كثرا : أى غلب بالكثرة
بالياتقاة وفى تقاتة ألف ال عراق واختلفوا فى حذفها زبرا
dikatakan: Semua imam menulis ( منهم تقية ) pada surah Al-Imran dan ditulis dengan ‘ya’
serta ada khilaf mashaf Al-Iraq pada kalimah (حق تقاته )setengahnya dikekalkan ‘alif’ dan setengahnya membuang ‘alif’.
* زبرا : جمع زبوربمعنى مزبور أى مكتوب فى مصاحتهم
يا ويلتى أسفى حتى على والى أنى عسى وبلى يا حسرتى زبرا
Berkata Abu Amru : Semua mashaf menulis ‘ya’ pada (حتى - على - والى)
dikatakan: Dan demikian ditulis dengan ‘ya’
( يا ويلتى – وأسفى – وياحسرتى – ومتى – وعسى – وأنى)
*ومعنى زبرا : كتب
جاءتهم رسلهم وجاء أمر وللر رجال رسم أبى ياءها شهرا
dikatakan : Ditulis mashaf Abi bin Ka’ab (وللرجال عليهن درجة ) pada surah Baqarah dan Surah Hud (لما جاء أمر ربك) dengan ‘ya’ ditempat ‘alif’.
dikatakan: (جاءتهم رسلهم بالبينات فردوا ) ditulis dengan ‘ya’ selepas ‘jim’ dan ‘alif’.
جاؤا وجاءهم المكى وطيب الى ال امام يغزى وكل ليس مقتفرا
Dikatakan:ditulis di mashaf makki ya dengan alif.
Contohnya: وجاؤا أباهم-وجاؤا على-فلما جاءهم ما-وعجبوا أن جاءهم منذر-فلما جاءهم بالبينات)
Ditulis di mashaf imam ya dengan alif
Contohnya:(ما طاب لكم من النساء)
BAB 8: MENULIS ALIF DENGAN WAU
والواو فى ألفات كالزكوة ومشكوة منوة النجوة واضح صورا
وفى الصلوة الحيوة وانجلى ألف المضاف والحذف فى خلف العراق يرى
وفى ألفات المضاف والعميم بها لدى حيوة زكوة واومن خبرا
Abu Amru ad-Dani berkata : Semua mushaf meletakkan huruf alif sebagai huruf ya’ pada 4 usul ( الصلوة – والزكوة – والحيوة - والربو ) di mana-mana sahaja tempat. Dan juga pada 3 tempat iaitu dalam An-Nur ( كمشكوة ), Ghafir ( إلى النجوة ) dan An-Najm ( ومنوة الثالثة الأخرى ).
MAKNA KALIMAT : انجلى ألف المضاف : أى انكشف وظهر
Abu Amru berkata : Berpendapat ada tempat yang mengekalkan huruf alif ( على صلاتهم – وفى الصلاة ) di mana-mana tempat. Dan dalam Al-An’am ( قل إن صلاتى ), Al-Isra’ ( ولا تجهر بصلاتك ), An-Nur ( وصلاته وتسبيحه ), Al-Ahqaf ( وحياته – وفى حياتكم ), Al-Fajr ( حياتى ).
MAKNA KALIMAT : والحذف فى خلف ألف العراق يرى : يعنى فى ألف المضاف
وفى ألف صلوات خلف بعضهم والواو تثبت فيها مجمعا سيرا
Pada perkataan صلوات dibaca dengan mensukunkan huruf alif dengan wazannya.
Dalam surah Hud dibaca dengan mengekalkan huruf alif ( صلوات الرسول - و- إن صلواتتك سكن لهم – وأصواتك تأمرك ).
Pada ( على صلواتهم ) sesetengah pendapat mengekalkan dan mernghazafkannya.
BAB 7 : HURUF DARIPADA HAMZAH YANG DITULIS TANPA QIYAS
والهمز الأول فى المرسوم قل ألف سوى الذى بمراد الوصل قد سطرا
Kalimah : آدم – وآزر – وإبرهم وإذا – وأولاء – وأولئك - وأملى
Syarah : Setiap alif di awal kalimah sama ada isim, fi’il atau huruf ditulis dengan alif kecuali hamzah yang ditulis bersambung dengan kalimah sebelumnya.
فهؤلاء بواو يبنؤم به ويا ابن أم فصله كله سطرا
Kalimah : هؤلاء
Syarah : Kalimah هؤلاء asalnya dua kalimah, ها sebagai kalimah tanbih dan أولاء sebagai isim isyarah. Diletakkan huruf Wau pada hamzah kerana asal huruf hamzah berbaris Dommah dan seperti terletak ditengah perkataan.
أئنكم ياء ثانى العنكبوت وفى الـ ـأنعام مع فصلت والنمل قد زهرا
Kalimah : أئنكم
Contoh Ayat : أئنكم لتأتون الرجال وتقطعون (surah Al-Ankabut) أئنكم لتشهدون (surah Al-An’am)
أئنكم لتكفرون بالذى خلق (surah Fussilat) أئنكم لتأتون الرجال شهوة (surah Al-Naml)
Syarah : 4 tempat ini ditulis dengan alif pada huruf Hamzah yang pertama dan pada ayat
(ءئنكم لتأتون الفاحشة ) tidak ditulis huruf alif pada Hamzah yang pertama.
وخص فى أئذا متنا إذا وقعت وقل أئن لنا يخص فى الشعرا
Kalimah : أئذا متنا
Contoh Ayat : أئذا متنا (surah Al-Waqi’ah)
Syarah : Muhammad Bin Nasir berkata bersepakat mushaf menulis Ya pada ayat (أئن لنا لأجرا) dengan huruf Ya dalam surah Syu’ara’.
وفوق صاد أئنا ثانيا رسموا وزد إليه الذى فى النمل مدكرا
Kalimah : أئنا
Syarah : أئنا لتاركوا آلهتنا yang kedua dalam surah As-Soffat ditulis dengan Ya serta pada ayat أئنا لمبعثون dan أئنا لمخرجون dalam surah Al-Naml.
أئمة وأئن ذكرتم وأءفكا بالعراق ولا نص فيحتجرا
Kalimah : أئمة
Contoh Ayat : أئمة الالكفر - أئمة يهدون (surah Al-Anbia’) أئمة ونجعلهم – أئنمة يدعون (surah Qasas) أئنمة يهدون بأمرنا (surah As-Sajadah) أئن ذكرتم (surah Yassin) أئنفكا (surah As-Soffat)
Syarah : Ya’ ditulis pada huruf Hamzah.
ويومئذ ولئلا حينئذ ولئن ولام لف لأهب بدر الإمام سرى
Kalimah : لئلا – ولئن – ويومئذ – وحينئذ
Contoh Ayat : من خزى يومئذ – لئلا يكون للناس – وأنتم حينئذ تنظرون – لئن لم تنته
Syarah : Ditulis Ya pada huruf Hamzah pada 4 tempat.
وفى أنبئكم واو ويحذف فى الر رءيا ورءيا كل الصورا
Kalimah : أنبئكم
Syarah : قل أؤنبئكم (surah Ali-Imran) ditulis Wau pada Hamzah yang kedua dan الرؤيا dihazafkan Wau pada huruf Hamzah contohnya : (للرءيا تعبدون – والرءيا التى – لاتقصص رءياك – وهذا تأويل رءياى)
والنشأة الألف المرسوم همزتها أو مدة وبياء موئلا ندرا
Kalimah : النشأة
Contoh Ayat : بنشىء النشأة (surah Al-Ankabut) وأن عليه النشأة (surah Al-Najm) ولقد علمم النشأة(surah Al-Waqiah)
Syarah : Ditulis dengan Alif pada huruf Hamzah pada 3 tempat dalam semua mashaf. Dan pada ayat
(من دونه موئلا) dengan huruf Ya pada Hamzah.
وأن تبوآ مع السوآى تنوأ بها قد صورت ألفا منه القياس برا
Kalimah : تبوآ
Contoh Ayat : أن تبوأ بابئمى (surah Al-Maidah) لتنوأ بالعصبة (surah Al-Qasas)
Syarah : Ditulis alif pada huruf Hamzah dalam semua mashaf.
وصورت طرفا باواو مع ألف
فى الرفع فى أحرف وقد علمت خطرا
Huruf alif ditulis dengan huruf wau dan huruf alif selepasnya dengan syarat tempat itu berbaris dommah.
Contoh : وصوورت
انبؤا مع شفعؤا مع دعؤا بغا
فر نشؤا بهود وحده شهرا
Huruf yang ditulis dengan huruf alif(ا)dan (و)
أنباؤاماكانو- surah Al-An’am dan surah As-Syua’ra
من شركائهم شفعاؤا-Surah Ar-rum
وما دعؤاالكافرين-Surah Al-ghofir
فى أموالنا ما نشؤا-Surah hud
Perkataan(الدعأ)dalam surah Hud berubah-rubah kerana wazan,Dalam surah Hud ada satu perkataan (شهرا)sahaja dalam surah Hud.
جزاؤا حشر وشوري والعقود معا
في الولين ووالي حلفه الزمرا
وذلك جزاؤاالظالمين -surah Al-Hsyr
انماجزاؤاالذين يجاربون -surah Al-Maidah
Kedua-duanya pada awal surah.
Khilaf pada surah Az-zumar dalam tulisan (وذلك جزأ المحسنين)
طه عراق ومعها كهفها نبؤا
سوي براءه قل والعلمؤا عري
Di gambarkan padanya hamzam,wau dan alif selepasnya pada
Mushaf al-iraq(ال اراق)
وذلك جزااؤامنتزكي(سوره طه)
فله جزاؤالحسني(سوره الكهف)
Hamzah itu berbaris depan,seperti dalam asal kaedah sesungguhnya digambarkan hamzah ,wau ,dan alif selepasnya pada keseluruhan al-quran.
(الم ياءتكم نبؤالذي) (قل هو نبؤا عظيم) (نبالذين من قبلهم) — (سوره التوبه)
Sesungguhnya perkataan (نبا) ditulis dengan huruf ba (ب) dan alif (ا)
Tulisan pada resam (الشام)
Perkataan (من عباده العلماء) — (سوره فاطر)
Digambarkan perkataan (العلماء) huruf wau, hamzah dan alif selepasnya pada mashaf Iraq dan sham.
ومع ثلاث الملا في النمل اول ما
في الموءمنين قتمت اربعا زهرا
Digambarkan padanya hamzah ,wau ,dan alif selepasnya
(فقال الملؤل) ----- (سوره المؤمنون)
(يا ءيها الملؤا اني القي الي كتاب كريم ) (يا ايها الملؤا اختوني) (يا ايها الملؤا ايكم)------(سوره النمل)
Tidak sama pada lafaz (الملاء) dengan ada alif dan tidak ada wau.
وتفتا مع يتفيا والبلاء وقل تظما مع اتوكا يبدا انتشرا
Di gambarkan padanya hanzah ,wau ,dan alif selepasnya
(تفتؤا تذكر)سوره يوسف
(بلاؤامبين) سوره الدخان
(يتفيؤا ظلاله)سوره النحلي
Dimana sahaja terdapat perkataan (يبدؤا الحلف)
يدرا مع علماء يعبا الضعفا وقل
بلاء مبين بالغا وطرا
Di gambarkan padanya huruf hamzah, wau ,dan alif selepasnya
(ويدرؤا عنها العذاب )سوره النور
(قل ما يعبؤبكم رب)سوره الفرقان
(علماء بني اسراءيل)سوره الشعرا
Kata Abu Amru : Dalam mashaf asli al-iraq mempunyai wau dan alif pada selepasnya
Katanya lagi : (علماء بني اسراءيل) mempunyai alif tetapi tidak ada yang tertulis separtu pada hari ini
Sesungguhnya telah disebut dahulu oleh ulama yang lebih arif dengan adanya alif dan lam dimatikan
(الضعفاء) kerana wazan dan dinasabkan huruf (ف) kerana hal keadaan.
وفيكم شركاء ام لهم شركا
شوري وابنا فيه الخلف قد خطرا
Di gambarkan padanya huruf hamzah dihujung perkataan dirofoqkan dengan huruf wau,dan alif pada selepasnya
(الذين زعمتم انهم فيكم شركاؤا)سوره الانعام
(ام لهم شركاؤا شرعوا لهم من الذي)سوره الشوري
Berselisih pendapat padanya : ditulis pada sebahagian mashaf ada huruf wau , dan alif pada selepasnya,dan sebahagian lagi tidak ada wau padanya tetapi ada alif padanya seperti (شركا)
وفي ينبؤا الانسان الخلاف ينشؤا
وفي مقنم بالواو مستطرا
Kalimah:ينبؤا الإسان
Penulisan:iaitu khilaf juga pada ( الإسانينبؤا (dalam surah (قيامة).tetapi pada setengah mushaf dengan (و)dan(أ)selepasnya dan pada setengahnya pula dengan tanpa (و)dan(أ)pada kalimah (أو من سؤا في الحلية)pada surah(الزخرف
Kata abu amru dalam satu kitabnya(المقنع)pada ( من ينشؤااو)surah(الزخرف)dan padaينبؤا) ) surahالقيامة))dengan (و)dan(ا) pada kesemuanya.
وبعد را براؤا الواو مع الف
ولؤلؤا قد مضي في الباب معتصرا
Iaitu bersepakat dalam kesemua mushaf resam pada kalimah,
(أنا براؤا متكم) pada surahالمتهنة) )degan (و( selepas (ر)dan (ا)selepas(و).pada kalimah ( ولؤلؤا )degan tambah padanya(ا)selepas daripada(و).
ومع ضمير جميع اولياء بلا
واو ولا ياء في مخفوضمه كثرا
Berkata Abu Amru semua hamzah selepas alif akan bersambung dengan dhomir padanya,Jika dia berbaris bawah rumah alif itu ya,Jika dia berbaris dhomah ,maka rumah alif itu wau.
Jika hamzah itu baris fathah maka dia tidak ada gambarnya atau (rumahnya)
Berkata Abu Amru banyak mashaf ahli Iraq dalam surah al-baqoroh ,al-anam ,al-azhab ,dan al-fussilat,selain wau dan bukan huruf (ي)
وقيل ان اولياؤه وفي الف البناء
في الكل حذف ثابت جدرا
Kalimah:(أولياؤه)
Penulisan:sesungguhnya (و)yang dihazafkan daripada firman allah
(إن أولياؤه)dari surah al-anfal,dan pada menunjukan kepada pembuangan (و)itu tiada ada mushaf yang bersepakat.
Dan lafaz ini tidak disebut oleh abu amru pada kitabnya(المقنع)katanya alif itu ada pada sebutan, sebelum hamzah tidak ditulis pada kesemua pada sebelum ini kalimah(أوليؤهم)dan yang menyerupainya.Dan pada keseluruhan lafaz dan kesemua mushaf.Dan katanya pada (جدرا)dengan hazaf alif untuk mengetahui tempatnya demi menghapuskan kemungkinan untuk disebut selepasnya.
BAB 6: HAZAF "واو" DAN ZIADAHNYA
وواو يدعو لدى سبحان واقتربت يمحو بحاميم ندعو فى اقرإ اختصرا
Kalimah : يدعو
Contoh Ayat : ويدع الإنسان (surah Al-Isra’) , يدع الداع (surah Al-Anbia’) , ويمح الله الباطل (surah As-Syura) ,
سندع الزبانية (surah Al-Iqra’)
Syarah : Semua mashaf bersepakat menghazafkan Wau dalam 4 tempat .
وهم نسوا الله قل والواو زيد أولوا أولى أولات وفى أولئك انتشرا
Kalimah : نسوا الله
Contoh Ayat : نسوا الله فأنساهم أنفسهم (surah Al-Hasyr)
Syarah : Dikatakan membuang yang terdapat didalam kalimah نسوا الله dan mereka imam mushaf bersepakat membuang Wau. Bahawasanya para qura’ memerintah membuang Wau.
· Berkata Abu Amru : Dan tidak diketahui yang demikian itu daripada mushaf, dan yang dipindahkan daripada qura’ itu adalah kesalahan yang jelas, dia adalah perkataannya.
Dan berkata Abu Amru lagi bahawasanya tidak ada khilaf diantara para-para imam mushaf didalam menambahkan Wau sesudah Aliff ( أولئك – وألئكهم – وأولائكم – وأولاء – وأولات ).
· Berkata Ulamak Mushaf : Sesungguhnya menambahkan Wau didalam kalimah أولئك adalah untuk memisahkan antara أولئك dan إليك , إليكم .
والخلف في ساوريكم قل وهو لدى أوصلبنكم طه مع الشعرا
Kalimah : ساوريكم
Contoh Ayat : ساوريكم دار الفسقين (surah Al-A’raf) , ولأصلبنكم (surah Thoha dan As-Syu’ra)
Syarah : Semua mashaf bersepakat menghazafkan Wau kecuali Surah Al-A’raf.
وحذف إحداهما فيما يزادو به بناء أو صورة والجمع عم سرا
Kalimah : -
Contoh Ayat : -
Syarah : Dihazafkan Wau dalam kalimah yang mempunyai dua Wau, jika kalimah itu kata nama atau perbuatan.
Makna Kalimah : عم سرى : أى عم إنتشار
داود تؤوية مسؤلا وورى قل وفى ليسووا وفى الموودة ابتدرا
Kalimah : تؤوية
Contoh Ayat : تؤوى – وتؤويه - ويسوؤا
Syarah : Mengekalkan satu Wau sahaja, misalnya atas wazan داود
Berkata Abu Amru : Wau kedua dikekalkan manakala Wau pertama dihazafkan.
BAB 5 : APA YANG DITAMBAH PADA YA'
أومن ورائي حجاب زيد ياه وفى
تلقائى نفسي ومن اناءي لا عسرا
ورائى حجاب
تلقائى نفسى
ومن انائى
كان لبشر أن يكلمه الله الا وحيا او من ورائى حجاب- وما
Pada kalimah ini ورائى حجاب dalam surah syura di letakkan huruf ى selepas huruf ا.
Pada kalimah ini تلقائى نفسى di dalam suruh yunus di tulis dengan meletakkan huruf ى selepas huruh ا.
(ومن انائى الليل فسبح وأطراف النهار)-
Dan pada kalimah ومن انائى didalam suruh Taha di letakkan huruf ى selepas huruf ا.
وفى وايتاءى ذى القربى بأييكم
بأيد ان مات مع ان مت طب عمر
وايتاءى
بأييكم
ان مات
ان مت
(ايتائى المصاحب لذى القربى)-
Pada kalimah ini ايتائى المصاحب dan وايتاءى ذى القربى di tulis huruf ya selepas huruh alif.
pada kalimahالزكاة ايتاء tidaklah di tulis huruf ya selepas huruf alif.
-pada kalimah بأييكم di tulis dengan dua huruf ي
- أفائن ماتdi tulis huruf alif dan huruf ya diantara huruf fa dan nun.
من نباء المرسلين ثم فى ملاء
اذا أضيف ألى أضمار من سترا
من نباء المرسلين
لكل نباء مستقر
ملائه-وملائهم
Pada ayat ini من نباء المرسلين di tulis di mashaf dengan meletakkan huruf Ya selepas huruf Hamzah menjadi من نباءى المرسلين
-Pada kalimah ini لكل نباء مستقر ditulis dengan tiada huruf Ya selepas huruf Alif
-Pada ayat ini ملائه-وملائهم ditulis huruf Ya selepas huruf Alif pada keseluruhan Al-Quran.
لقاء في الوم للغازى وكلهم
باليا بلا ألف فى اللاى ء قبل ترى
Didalam matan ini pula pada kalimah (ء لقا ) ada ulama’ yang berpendapat seperti ( الغا زى بن قيس ) sesungguhnya dalam resam pada kalimah tersebut ditambah huruf (ya’) pada surahالروم ) ) seperti ayatبلقاء ربهم ) ).Telah berkataبو عمرو ) أ) pula sesungguhnya huruf (ya’)dan huruf (aliff) ditambah sebelum huruf (hamzah) pada kalimah tersebut.
Saturday, 31 December 2016
BAB 4 : HAZAF YA DAN KEKALKANNYA
121) وتعرف الياء في حال ثبون إذا حصلت محذوفها فخذه مبتك
122) حيث ارهبون التقون تكفرون أطي عون اسمعون وخافون اعبدون طرا
- Pada lafaz ( ارهبون ) dalam dua tempat pada surah al-Baqarah dan al-Nahl.
- Pada lafaz ( اتقون ) ada lima tempat, dua dalam surah al-Baqarah(فاي فاتقون)
(وتقون ياأولى الألباب) , satu tempat dalam surah al-Nahl(أن أنذروا أنه لااله إلا أنا فاتقون), satu dalam surah al-Mukminun(وأناربكم فاتقون) dan pada surah al-Zumar(ياعباد فاتقون).
- Pada lafaz (تكفرون) dalam surah sahaja.
- Pada lafaz (وأطيعون) ada sebelas tempat, satu pada surah al-Baqarah, lapan pada surah al-Syua’ra’,satu pada surah al-zukhruf,satu pada surah Nuh.
- Pada lafaz (فاسمعون) satu tempat dalam surah al-Baqarah(منت بربكم فاسمعونا).
- Pada lafaz (وخافون) satu tempat pada Ali ‘Imran(وخافون إن كنتم مؤمنين)
- Pada lafaz (فاعبدون) tiga tempat, dua pada surah al-Anbiya’ ( إلا انا فاعبدونلاإله)
(وأنا ربكم فاعبدون) , dan pada surah al-‘Ankabutفإياي فاعبدون)).
123) إلا بياسين والداعي دعان وكي دونى سوى هود تخذون وعيد عرا
- Disebutkan pada bait di atas 5 kalimah.
1. Dihazafkan ya’(ي) pada kalimah (الداعى) terletak dalam al-Quran 3 tempat, satu tempat pada surah al-Baqarah (دعوة الداعي) dan dua tempat pada surah al-Qamar( الدعي – وإلى الداعييدع) .
2. Dihazafkan ya’(ي) pada kalimah ( دعانإذا) pada surah al-Baqarah.
3. (كيدوني) terletak dalam al-Quran tiga tempat.
- Dihazafkan ya’(ي) pada 2 tempat yaitu (ثم كيدون فلا تنظرون) pada surah ah-A’raaf dan (فإن كان لكم كيد فكيدو) pada surah al-Mursalat
- Ditetapkan ya’(ي) (فكيدون جميعا ثم لا تنظرون) pada surah Hud.
4. Dihazafkan ya’(ي) pada kalimah (تخزون) terletak pada 2 tempat pada surah Hud (ولا تخرجون) dan pada surah al-Hijr.
5. Dihazafkan ya’(ي) pada kalimah (وعيد) 3 tempat, 1 pada surah Ibrahim(وخاف وعيد) , 2 tempat surah Qaf (فمق قوعيد), (من يخاف وعيد).
124) واخشون لا اولا تكلمون يك ذبون اولى دعا ئى يقتلون مرا
- Teletak 2 tempat dalam surah al-Maidah( اليوم – واخشون ولاتشتروواخشون) dihazafkan ya’ pada kedua tempat tersebut.
- Terletak pada surah al-Baqarah (واخشوني والأتم نعمتي) diisbatkan ya’ pada tulisan dan bacaan.
2. Kalimah (تكلمون) :
- Dihazafkan ya’ pada surah al-Mukminun (قال اخشوا فيها ولاتكلمون)
3. Kalimah (يكذبون):
- Dihazafkan ya’ pada 2 tempat (إني أخاف أن يكذبون) surah al-Syu’ara’ dan ( اخاف أن يكذبونإني) pada surah al-Qasas.
4. Kalimah (دعائى) :
- Ditulis dengan ya’ pada 2 tempat, (دعائى ربنا اغفرلي) pada surah Ibrahim dan (دعانى إلا فرارا) pada surah surah Nuh.
5. Kalimah (يقتلون) :
- Dihazafkan ya’ pada surah al-Shu’ara’ dan pada surah al-Qasas.
125) وقد هدانى وفى نذير مع نذيرى تسلن في هود مع بأتى بها وقرا
Nazir Mengatakan:
- Pada surah Hud (فلا تسئلن ما ليس لك به علم) dihazafkan ya’.
- Pada surah al Kahfi ( تسئلن ما عن شيءفلا ) dihazafkan ya’.
- Pada surah Hud ( يأت لا تكلميوم) dihazafkan ya’.
- Pada surah al-Baqarah (تي بالشمس من المشرقيأ)ditetapkan ya’ pada tulisan.
126) وتشهدون ارجعون إن يردن نكي ر ينقذون ماب مع متاب ذرى
- Pada kalimah (حتى تشهدون) surah al-Naml
- Pada kalimah (وارجعون) surah al-Mukminun
- Pada kalimah (ن يردن الرحمنإ) surah Yaasin.
- Pada kalimah (نكير) ada pada 4 tempat,surah al-Haj(فكيف كان نكير), (نكير) pada surah saba’, (نكير) pada surah Fatir, (نكير) pada surah al Mulk.
- Pada kalimah (ولا ينقذون ) pada surah Yasin.
- Pada kalimah (ماب - ومتاب) surah al Ra’du.
127) عقاب تردين تؤتونى تعلمني والباد إن ترني وكاالجواب جرى
- Kalimah (عقاب) : Terletak 3 tempat pada surah al-Ra’d (فكيف كان عقاب), pada surah Sod(فحق عقاب), dan pada surah Qhofir(عقاب). Dihazafkan ya’ pada ketiga-tiga tempat ini.
- Kalimah (تردين ) pada surah al-fussilat,)موثقا تؤتون) pada surah Yusuf, (تعلمن) pada surah al-Kahfi. Diisbatkan ya’ pada ketiga-tiga tempat ini.
- Kalimah (الباد) surah al-Haj, (إن ترد) surah al-kahfi, (كالجواب) pada surah saba’. Dihazafkan ya’ pada ketiga-tiga tempat ini.
128) في الكهف يهديني نبغي وفوقبها أخرتن المهتدي قل فيهما زهرا
(قال عسى ربي أن يهديني سواء السبيل) pada surah al-Qasas.
- Kalimah (نبغ): hazaf ya’ (ما كنا نبغ) pada surah al-Kahfi, ditetapkan ya’ (قالوا يا أبانا ما نبغي) pada surah Yusuf pada tulisan bacaan.
- Kalimah (أخرتي) : diisbatkan ya pada tulisan dan bacaan, (أخرتي إلى يوم القيامة) ,(أخرتي إلى أجل قريب) pada surah al-Munafiqun.
- Kalimah (المهتد) : Dihazafkan ya’ (ومن يهد الله فهوالمهتد) pada surah al-isra’ dan
( ومن يهد الله فهوالمهتد ومن يضلل فلن تجدله) pada surah al-Kahfi. Dan ditetapkan ya’ (فهوالمهدي ومب يضلل فأولئك هم خاسرون) pada surah al-‘Araaf pada bacaan dan tulisan oleh semua Qurra’.
129) يهدين يسقين يشفيني ويؤتيني يحيين يستعجلوني غاب أوحضرا
130) تفندون وننج المؤمنين وها د الحج والروم واد الواد ضينا ثرا
- Diisbatkan ya’ pada surah al-biya’ (ننج المؤمنين)
- Dihazafkan pada surah al-Rum dan surah (وإنالله لهاد الذين)
131) أشركتموني الجواري كذبوني فأر سلون صال فما تغني يلي القمرا
- Dihazafkan ya’ pada kalimah (الجوار) pada tiga surah yaitu al-Syura,al-Rahman dan al-Syams.
- Dihazafkan ya’ pada kalimah (كذبون) 2 tempat pada surah al-Mukminun.
- Dihazafkan pada surah syu’ara’ dan Nuh (فأرسلون يوسف أيها الصديق).
- Pada kalimah (تغنى) pada surah al-Qamar (وما تغني الآيات والنذر) ditulis dengan ya pada tulisan.
- Telah berkata Abu Amru Addani dalam kitabnya مقنع : setiap ya’ yang terletak daripada lafaz pertuturan maka diisbakan ya’ pada tulisan : contohnya :
( يؤتي الحكمه – وما تغني الآيات والنذر) pada surah Yunus.
132)أهانني سوف يؤت الله أكرمني أن يحضرون ويقض الحق إذ سبر
- Diisbatkan pada (يأتي الله قوم ) dalam surah al-Maidah.
- Telah berkata abu amru dalam kitabnya maqna’ : dalam surah al-Maidah (فسوف يأتي الله قوم) sepakat semua mafhas tulis dengan alif.
- Dihazafkan ya’ (وأعوذ بك رب أن يحضرون), (ويقض الحق) dalam surah al-An’am.
133) يسري ينادي المنادى تفضحون وتر جمون تتبعن فاعتزلون سرى
Pada (ألا تتبعن أفعصيت أمري) ditambahkan ى
134) ديني تمدونن يعبدون ويطمعون والمتعالي فاعل معتمرا
الكافرون (ولي دين)
النمل (قال أنمدونني)
الذاريات (إلا ليعبدون ) و (وما أريد أن يطممعون)
الرعد (الكبير المتعال)
Telah ditambah ى pada
ديني والمتعال - - Telah dihazafkan sebahagiannya ada khilaf
135) وخص في آل عمران من التبعن و خص في التبعوني غيرها سورا
Di dalam al-Quran yang tidak ada ى ada dua tempat (اتبعون أهدكم) dalam Ghafir
(واتبعون هذا صراط مستقيم) dalam Zukhruf
Yang ada ف di tambah ى ada dua tempat dalam al-Quran
فالتبعوني يحببكم الله dalam Ali-Imran
فالتبعوني وأطيعوا أمري
136) بشر عباد الثلاقي والتناد و تق ربون مع تنظروني عصنها نضرا
فبشر عباد الذين dalam az-Zumar
يوم التناد, لينذر يوم التلاق dalam Ghafir
ولا تقربون dalam Yusuf
Pada kalimah تنظرون yang telah dihazafkan ى ada 3 tempat
فلا تنظرون dalam al-A’raf
ولا تنظرون dalam Yunus
ثم لا تنظرون dalam Hud
137) في النمل آتاني في صاد عذاب وما لأجل تنوينه كهاد اختصر
فما أتان الله dalam an-Naml
بل لما يذوقوا عذاب dalam Shood
Ditambah dua ت dalam surah An-Naml pada آتانى الكتاب
Di dalam surah Maryam ditambah ى
Abu Amru Al-Madani telah berkata semua mashaf telah menghazafkan ى dan dari segi lafaz ketika sambung di matikannya dan ketika berhenti ditanwinkannya.
(ومن وال, ومن هاد, ولا عاد, باع)
(ودان, وغواش, وباق, و من واق)
Kecuali زان
و عليين
ويهيئ لكم من أمركم مرفقا
وهيئ لكم من أمرنا رشدا
Pada asalnya semua menulis dengan dua-dua ى
138) وفي منادى سوى تنزيل اللأخرها والعنكبوت وخلف الزخرف انتقرا
Kecuali pada dua tempat yang dikekalkan ى
يا عبادى الذين ءامنوا إن أرض واسعة dalam al-Ankabut
يا عبادى الذين أسرفوا dalam Az-Zumar
Didalam surah az-Zukhruf ada khilaf mashaf pada يا عبادى لا خوف
Dalam Mushaf Madani ditulis dengan ى - يا عبادى لا خوف
Dalam Mushaf al-Iraq tidak ditulis ى - يا عباد لا خوف
139) الافهم واحذفوا إحداهما كورء يا خاطئين والأميين مقتفرا
(أثاثا ورئيا) dibuang ى yang digambarkan ئ dalam surah Maryam
(خاطئين- والأميين – وخاسئين – والمستهزئين Ditulis dengan satu ى dan dihazafkan ى yang menggambarkan ئ
140) من حى يحيى ويستحى كذاك سولى هيئ يهيئ و عليين مقتصرا
من حي عن بينة
على عن يحيى الموتى
لا يسثحيي
Abu Amru telah berkata ى yang kedua telah dimatikan dan dihazafkan:
141) وذى الضمير كيحييكم وسيئة في الفرد مع سيئا والسئ اقتصر
Dikatakan Abu Amru di dalam amshaf Iraq di dapati dua ى di tulis di dalamnya سيئة, والسيئة
Dikatakan Abu Amru kekalkan ى pada والسيئة , ى yang bertashdid iaitu telah dihazafkan ى yang kedua dan digambarkan dengan ء.
142) هيأ يهيأ مع السيأ بها ألف مع ياها رسم الغازي وقد نكرا
Abu Amru telah berkata dalam mushaf As-Syami disebutkan Ar-Raziy bn Khois Rahimahullah pada ayat هيأ – يهيأ – ومكر السيأ – والمكر السيأ semuanya ditulis ا selepas ى yang dijadikan ى seperti ء.
143) باية وبايات العراق بها ياآن عن بعضهم و ليس مشتهرا
Sebahagiannya satu ى dan paling masyhur 1 ى
144) والمنشئت بها باليا لا ألف وفي الهجاء عن الغازي كذالك يرى
Dalam kitab Hija’ tentang ar-Raziy ditulis dalam kitabnya dengan wazan.
Dalam Mashaf Iraq, المنشآت dalam ar-Rahman dengan ى tanpa ا.
-Azamuddin-
Friday, 30 December 2016
BAB 3 : BAB 'من' YANG DITAMBAH
117) فى الكهف شين لشائ وبعده ألف وقول فى كل شىء ليس معتبرا
Kalimah: لشاىء
Keterangan: semua mashif bersepakat dengan dengan menambah alif antara huruf ش dan ي dalam surah al kahfi. timbul khilaf dalam hal ini. Pendapat yang sahih mengatakan dengan tidak menambah alif pada kalimah di atas selain daripada ayat dalam surah al kahfi. Manakala pndapat yang lemah mengatakan dengan menambah alif bagi setiap kalimah di atas di dalam Al quran.
Contoh: ولا تقولن لشاىء انى فاعل ذلك غدا
118) وزاد فى مائتين الكل مع مائه وفى ابن اثباتها وصفا وقل خبرا
Kalimah: مائة – ابن –
Keterangan: semua mushaf di tulis dengan menambahkan alif selepas mim dalam kalimah مائة . turut juga di kekalkan alif pada kalimah ابن.
Contoh: ان يكن منكم مائة صابرة يغلبوا مائتين – بعيسى ابن مريم – ومريم ابن عمران
119) لنسفعا ليكونا مع اذاألف والنون فى وكأين كلها زهرا
Kalimah:وكأين – لنسفعنا –
Keterangan: semua masohif menulis dengan nun ta’kid dengan ringan dan kalimah اذاdigantikan dengan alif. Manakala di tulis dengan tanwin pada nun bagi kalimah وكأين
Contoh: لنسفعنا بالناصيه – فاذا لا يؤتون – وكاين من قرية
Ma’anil kalimah: كلها زهرا : أى أضاء النون فى الرسم
120) وليكة الألفان لحذف نالهتا وفى صاد والشعراء طيبا شجرا
Kalimah: ليكة
Keterangan: semua masohif menulis kalimah di atas di dalam surah sad,surah as syua’ra’ dengan membuang alif. Dalam surah qaf dan surah al hijr di tulis dengan dua alif yang terdapat pada awal kalimah.
Contoh: أصحب الأيكته
Ma’anil kalimah: طيبا شجرا : أى صحة
-Aiman-
BAB 2 : HAZAF PADA KALIMAH YANG MEMBAWA KEPADA HUKUM YANG SERUPA
84) وهاك فى كلمات حذف كلهم واحمل على الشكل كل الباب معتبرا
85)لكن أولئك اللأئى وذلك ها يا و السلام مع اللاتى فرد غدر
Imam : semua imam
Keterangan: pada kalimah-kalimah tersebut,di tulis dengan membuang alif pada kesemua mushaf.
Pada kalimah “"لكن samaada yang di tulis secara ringan atau berat (tashdid), tetep di baca dengan di buang aliff.
Contoh : ( (يا رب) (هاأنتم) (ذلك الكتاب) ( اللائى يظهرون ) (أولئك على وأولئكم) (ولكن البرمن آمن
Ma’na kalimah: 1.فرد غدرا:عبر بذلك عن العلم 2.الغدر:جميع غدير لماء
86) مساجد واله مع ملائكة واذكر تبارك والرحمن معتفرا
Imam : semua imam
Keterangan: Bersepakat semua penulisan mushaf dengan membuang alif pada kalimah di atas .
Contoh:( من ذكر من الرحمن) (تبارك الذى نزل) (ان الله و ملائكته ) ( الله لا اله الا هو الحي القيوم) (وانتم عاكفون فى مساجد)
Ma’na kalimah:معتقرا يقال:غفرت ذنبه واعتفرته بمعنى واحد
87) ولاخلال مساكين الضلال حلا ل والكلالة و الخلاق لا كدرا
Imam: semua imam
Keterangan:bersepakat semua imam dengan membuang aliff pada kalimah di atas.
Contoh: (يفتيكم الكلاله) (كلو مما رزقكم الله حلال طيبا) (فى العذاب والضلال) (اليتامى والمساكين) (فيه ولا خلال)
(وهو الخلاق)
88) سلالة وغلام والظلال وفى ما بين لامين هذا الخلاف قد عمرا
Imam: semua imam
Keterangan: bersepakat semua imam dengan membuang aliff pada kalimah di atas.
Contoh:(يتفيؤ ظلاله,) (سلالة من طين,) (انى يكون لى غلام),
89) وفى المثنى اذا مالم يكن طرفا كسحران اضلانا فطب صدرا
keterangan: semua imam bersepakat dengan membuang aliff yang menunjukkan tasniah(dua) pada fi’il yang mutlak.
Contoh(رجلان): ((ترات الفئتان) (همت طائفتان) (امرأتان
90) وبعد نون ضميرالفاعلين كآ تينا وزدنا و علمنا حلا حضرا
Keterangan: kesemua imam persepakat dengan membuang aliff dhomir yang marfu’. Walau dimana sahaja.
Contoh:(و علمناه) (قد انجيناكم) (ثم جعلناكم) (ولقد اتيناك)
91) وبينهما و بلاغ والسلاسل والشيطان ايلاف سلطان لمن نظر
Kalimah:بلاغ,السلاسل,الشيطان,ايلاف,سلطان
Keterangan: kesemua mushaf menulis dengan membuang aliff pada kalimah di atas (aliff yang berada di tengah kalimah). Tidak kira di mana berada.
Contoh:(لايلاف قريش)(من الشيطان وزين هم الشيطان) (والسلاسل يسحبون) (فاءنما عليك البلاغ) (عالم الغيب والشهادة الكبير المتعالى)
92) واللاعنون مع اللات القيامة أصحاب الخلائف أنهار صفت نهرا
Kalimah:اللاعنون,اللات,القيامة,أصحاب,خلائف,أنهار
Keterangan: semua imam menulis dengan membuang lam pada kalimah اللاعنون Dan alif pada perkataan pada huruf lam dalam perkataan اللات .Di buang juga alif pada perkataan lain dari kedua yang di sebutkan di atas.
Contoh:(من تحتها الأنهار) (جعلكم خلائف فى اللأرض) (أصحاب الجنة) (ويوم القيامة بيوم القيامة) (ويلعنهم اللاعنون)
Ma’nil kalimat: صفت نهرا:أى صفت نورا وضوعا
93) أولى يتامى نصارى فاحذفوا وتعا لى كلها وبغير الجن الآن جرى
Imam: kesemua mushaf.
Keterangan: kesemua imam bersepakat menulis dengan membuang alif pada semua kalimah di atas.(alif yang berada di tengah kalimah) melainkan pada ayat فمن يستمتع الأنkesemua imam menulis dengan kekalkan alif hanya pada ayat ini sahaja.
Contoh:((وقالوا الآن جئت) (وسبحانه وتعالى) (وقالت النصارى) (وذى القربى واليتامى
94) حتى يلاقوه مباركا احفظه ملاقيه باركنا وكن حذرا
Imam: kesemua imam.
Keterangan: kesemua mushaf di tulis dengan membuangkan aliff pada lam fa’il bagi kalimah di atas.kalimah-kalimah tersebut terdapat dalam surah az zukhruf, at turr dan ma’rij. Pada kalimah وبا رك فيها kesemua imam bersepakat dengan menggekalkan alif.
Contoh: (كدحا فملا قيه) (وباركنا حوله) (حتى يلاقوا قومهم)
95) وكل ذى عدد نحو الثلاث ثلا ثة ثلاثين فادر الكل معتبرا
Kalimah:( (ثلاثين) (ثلاثة) (الثلاث
Keterangan: kesemua imam bersepakat menulis dengan membuang alif pada isim a’dad.kecuali pada kalimah .احدى ابنتى
Contoh:((ثلاثين ليلة) (ثلاثة قروء) (ثلاث شعب
96) واحفظ فى الأنفال فى المعاد متبعا تراب رعد ونمل والنبأ عطرا
Kalimah: الميعاد,تراب,
Keterangan: kesemua mushaf menulis dengan membuang alif pada huruf عdalam kalimah الميعاد dalam surah al anfal. Dalam ayat –ayat yang lain di tulis dengan mengekalkkan alif dalam kalimah yang sama oleh semua masohif.Begitu juga dengan kalimah تراب di buang alif pada kalimah tersebut dalam surah ar ra’du,an naml dan an naba’.Dan selain pada surah ini kesemuanya di tulis dengan kekalkan alif.
Contoh:ولا ختلفتم فى الميعاد, أئذا كنا ترابا, أئذا كنا ترابا وآباؤنا, وكنت تراب
97) وأيه المؤمنون أيه الثقلا ن أيه الساحر احضر كالندى سحرا
Kalimah: أيها
Keterangan: kesemua mushaf di tulis dengan membuang alif pada kalimah di atas.(alif yang berada di hujung.
Contoh: (وقالوا أيها الساحر-سنفرغ أيها الثقلان) (توبوا الى الله جميعا أيها المؤمنون)
Ma’nil kalimah: أحضر كالندى:أى أشهد وقت السحر وادع المسلمين
98) كتاب الا الذى فى الرعد مع أجل والحجر و الكهف فى ثا نهما غبرا
99) و النمل الأولى وقل آيتها ومعا بيونس الأولين استثن مؤتمرا
Kalimah:كتاب,أيات
Keterangan: semua imam bersepakat menulis dengan membuang alif pada huruf تdalam kalimah كتاب dan alif pada kalimah أيات.Melainkan pada empat tempat.
Contoh: (كتاب الله) (جاءهم كتاب) (ذلك الكتاب) ((أيات محكمات) (تلك أيات القرآن وكتاب
Kalimah yang tidak di buang alif: لكل أجل كتاب- واها كتاب معلوم- من كتاب ربك- تلك آيات القرآن وكتاب
Ma’nil kalimah: مؤثمرا: أى ممتثلا ما أمرت به
100) فى يوسف خص قرآنا وزخرفه أولاهما وباثبات العراق يرى
Kalimah: قرآنا
Keterangan: Di tulis dalam surah yusuf dan zukhruf pada kalimah di atas tanpa alif. Terdapat sesetengah pendapat bahawa kalimah di atas dengan mengekalkan alif pada keduanya dalam mushaf Iraqi dan di kekalkan juga dalam semua masohif.
Contoh:انا أنزلناه قرآن قرآنا- surah zukhrufانا جعلناه قرآن surah yusuf
Ma’nil kalimah:خص قرآنا وزخرفه: أى خصه بالحذف فى هذين الموضعين, والهاء فى زخرفه تعود على قرآنا
101) وساحر غير أخرى الذاريات بدا والكل ذو ألف عن نافع سطرا
Imam: kesemua imam melainkan Nafi’
Kalimah: ساحر
Keterangan: telah berkata nasir(nama ulama’), kesemua imam bersepakat menulis dengan membuang alif pada setiap kalimah ساحر di dalam Alquran melainkan dalam surah az zariyat.الا قالوا ساحر أو مجنون) (. Dalam ayat ini alif di kekalkan pada kalimah ساحر.
Bagi pendapat Nafi’ pula ia menulis dengan mengekalkan alif pada kalimah tersebut dalam surah az zariyaat. Begitu juga denag kalimah ساحر di tempat lain dalam mushaf madani.
Ma’nil kalimah:بدا: يعنى ظهر رسمه للكل لاتفا قهما
102) والأعجمى ذو الاستعمال خص وقل طالوت جالوت بالاثبات مغتفرا
103) يأجوج مأجوج فى هاروت تثبت مع ماروت قارون مع هامان مشتهرا
104) داؤد مثبت اذ واو به حذفوا والحذف قل باسرائيل مختبرا
Kalimah: ابراهيم-اسماعيل- اسحق- هارون- ميكائيل- عمران- لقمان-طالوت- يأجوج ومأجوج- داؤد-ق- قارون-وهامان- اسرآئيل
Keterangan: kesemua masohif menulis dengan membuang alif pada setiap isim a’jami yang berada di tengah kalimah.Pada kalimah - طالوت - يأجوج ومأجوج- داؤدDi baca dengan kekalkan alif. Terdapat khilaf pada بابل هاروت وماروت samada di baca dengan kekal alif ataupun buang alif. Bagi kalimah- قارونوهامان اسرآئيل- di tulis dengan kekalkan alif tetapi di baca dengan buang alif.
Contoh: طالوت ملكا- بجالوت وجنوده- جالوت وأتاه الله-وقارون وفرعون وهامان- ان قارون
105) وكل جمع كثير الدور كالكلما ت البينات ونحو الصالحين ذرا
106) سوى المشدد والمهموز فاختلفا عند العراق وفى التأنيث قد كثرا
107) وما به الفان عنهم حذ فا كاالصالحات وعن جل الرسوم سرى
Keterangan: semua masohif bersepakat dengan membuang alif faa’il pada kalimah yang menunjukkan jama’ muzakkar yang sahih begitu juga dengan jama’ muannas yang sahih. Bagi mushaf hijazi dan syami, mereka menulis dengan mengekalkan alif pada kalimah jama’ yang bertashdid dan mahmuz. Timbul khilaf pula bagi mushaf Iraqi dengan mengekalkan alif pada jama’ muzakkar dan membuang alif pada jama’ muannas. Bersepakat daripada kebanyakkan mushaq Iraqi dengan membuang alif fa’il pada kalimah jama’ muannas yang sohih dengan syarat mesti bertashdid dan mahmuz. Ia di baca dengan membuang alif yang pertama dan kekalkan alif yang ke dua. Kesemua mushaf bersepakat dengan membuang alif fa’il yang dengan alig jama’. Dan ada juga khilaf daripada kalangan mereka.
Contoh: الظالمين- الصابرين- الصادقين- القانتين- الظالمون-الأمرون- المسلمات- المؤمنات- المصدقات - ظالمات
Ma’nil kalimah: ذرا:أى جمع
108) واكتب تراء وجاءنا بوحدة تبوآ ملجأماءمع النظر
Kalimah: تراء-جاءنا
Keterangan: semua mushaf menulis kalimah تراء dengan satu alif selepas huruf ر dalam surah as syua’ra’ dan pada kalimah جاء نا dalam surah az zukhruf di antara huruf ج dan ن.semua mushaf bersepakat menulis setiap kalimah hamzah yang sebelumnya terdapat huruf lam.yang berbaris fathah dan huruf selepasnya juga berbaris fathah atau alif sebelum alif yang kedua atau tanwin dengan satu alif.
Contoh:أن نبواء لقومكما – الا خطاء – لو يجدون ملجاء
Ma’nil kalimah :مع النظر:أى مع أمثالها
109) نآى رءا ومع أولى النجم ثالثة بالياء مع ألف السوآى كذا سطرا
Kalimah: نآى – راء
Keterangan: semua masohif bersepakat dengan menulis ونآى بجانية dalam surah isra’ dan fussilat dengan satu alif selepas nun. dan menulis kalimah رأى fi’il madhi sulasi yang bersambung dengan dhomir ataupun yang berbaris atau sukun dengan satu alif juga. Kecuali pada dua tempat dalam surah an nujum.ماكذب الفؤان ما رأى - لقد رآى من آيات ربه الكبرى
Contoh: فلما رآه – رآى كوكبا- رآى القمر
110) وكل ما زاد أولاه على الف بواحد فاعتمد منبرقه المطرا
111) الآنأتى اءمنتم ءانت وزد قل اتخذتم ورد من روضها خضرا
Kalimah: setiap kalimah yang awalnya terdapat dua alif.
Keterangan: semua masohif menulis kalimah yang terdapat pada awalnya dua alif di tulis dengan satu alif sahaja.
Contoh:الآن – وقل آلله خير – وآتى المال – يا آدم – أأنت قلت – أألد و أنا
112) لأملأن اشمأزت وامتلأت لدى جل العراق اطمأنوا لم تنل صورا
Kalimah: لاملأن
Keterangan: mushaf hijazi,syami menulis kalimah لأملأن dengan alif pada hamzah yang kedua. Terdapat juga dalam mushaf Iraqi tetapi dalm jumlah yang sedikit. Akan tetapi tidak ditulis sama dengan mushaf yang sebelumnya tadi. Kerana abu amru telah menceritakan bahawa beliau telah melihat banyak mushaf Iraqi yangbersepakat dengan membuang alif daripada hal yang demikian.
Contoh:وفرحوا بالحياة الدنيا واطمأنوا بها – واذا ذكر الله وحده اشمأزت – ويوم نقول لجهنمهل امتلأت –
113) للدار وأتوا وفأتوا وأسئلوا فسلوا فى شكلهن و بسم الله نل يسرا
Kalimah:للدار- أتوا – فأتوا – اسئلوا – فسلوا
Keterangan: semua masohif bersepakat menulis hamzah wasal jika tidak masuk ke atasnya adat ataupun masuk kepadanya melainkan dengan lima usul yang tidak di tulis denganya dengan hamzah wasal.
a) Hamzah lam ta’rif yang masok ke dalamnya huruf lam dari huruf jar pada permulaanya.
b) Hamzah wasal yang masuk ke atas hamzah yang asal apabila masok ke atasnya wau ‘atof ataupun huruf fa’
c) Hamzah yang masok ke atas fi’il amar yang muqattab.
d) Hamzah yang masok ke atas hamzah istifham.
e) Hamzah isim majrur dengan ba’ yang di sandarkan kepada Allah.
Contoh: للذى ببكة – ولله الأسماء الحسنى – للملائكة اسجدوا – للذين احسنوا – وأتوا البيوت – قنت بها – واسئلوا الله - آلذكرين – أفترى – بسم الله الحمن الرحيم
Ma’nil kalimah: يسرا: أى خذ أصلا سهلا باستنياطه من أمثتله
114) وزد بنوا ألفا فى يونس ولدى فعل الجميع وواو الفرد كيف جرى
Kalimah: بنوا
Keterangan: kesemua masohif bersepakat menambah alif pada kalimah di atas selepas huruf wau بنو اسرائيل dalam surah yunus. Turut di alif selepas dhomir jama’ muzakkar yang yang bersambung dengan fi’il madhi,mudhori’ dan amar.
Contoh: آمنوا – وهاجروا وجاهدوا – وآمنوا وعملوالصلحات – واتقو الله – يدعوا من – يرجوا رحمة
115) جاؤ وباؤ احذفوا فاؤ سعو بسبأ عتوا عتوا وقل تبوؤ أخرا
116)أن يعفو الحذف فيها دون سائرها يعفو ويبلو مع لن ندعو النظر
Kalimah :وجاءو – وباءو – فاءو – سعو – عتو وعتوا – تبوءو – يعفو –
Keterangan: tidak ditulis oleh semua masohif selepas wau jama’ di tambah dengan alif.
Contoh: وباءو بغضب من الله وضربت – وسعو فى آياتنا – فى أنفسهم وعتو وعتوا – والذين تبوءو الدار-
-Hanis Syahmi-